Nadiya Din
NAD-NAD


As'salam.
Nurul Nadiah


FOLLLOW-FOLLOW




D.Board
Follow
Twitter
Instagram




PERINGATAN UNTUK DIRI


Jangan lupa !
Ijajil telah menghabiskan 1000 tahun untuk beribadah kepada Tuhan. Dan hanya sekali (1 kali) sikap SOMBONGnya, dia dikutuk sebagai Iblis dan diusir dari Syurga. #ERATKAN SILATURAHIM





 tetamu



Maafkan, Tegurlah



Assalamualaikum.

Bismillahhirahmannirahim. Alhamdulullah, masih ada masa nak update blog. Cewah macamlah ada orang yang sudi baca blog kita ini kan *poyo*


"Engkau apa hal, kau yang buat masalah nak tuduh aku"

"Masalahnya kau lah punya segalanya"


Hadis mengenai sabda Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa "umat yang memutuskan hubungan kekeluargaan tidak akan masuk syurga."

Dalam hidup kita memang banyak masalah, dalam hidup sehari-hari kita pasti akan melakukan kesilapan tanpa sedar atau sedar. sama ada sengaja atau tidak sengaja. Sebagai contoh kita berkias-kias atau menyindir mungkin perbutan kita buat tu hanya bergurau tetapi dalam masa sama kita mempersendakan ia, makan tanpa sedar kita telah melakukan kesilapan. 

Kita hanya manusia biasa, seorang hamba yang banyak melakukan khilaf, manusia seperti kita tidak sempurna dan semua manusia pasti pernah melakukan kesilapan kita manusia lemah pada dasarnya, terlalu mengikut parasaan telah syaitan hasut untuk melihat anak-anak Adam berpecah belah. Kita terlalu berpegang dan tunduk pada ego, hingga ucapan maaf itu tidak pernah dan sukar untuk kita ucapakan. Aku juga manusia ada ego pernah terjadi pada diri aku sehingga aku berkata "Kenapa aku yang kene minta maaf sidangkan pihak satu lagilah yang bertindak untuk salahkan aku" 



Dalam hadis, Rasulullah SAW menyebut :

Maksud : "Maka barangsiapa yang tidak bertegur sapa lebih dari tiga hari, nescaya akan masuk nerakan." ( Abu Dawud : no 4914 )

Subahanallah, lihat betapa sayangnya Allah dan Rasul kepada kita dengan memberi masa tiga hari untuk mencantumkan kembali silaturahim.Sampai bila kita nak bermasam muka, masalah kecil atau besar kita boleh 'open table' bincang elok-elok, baik-baik selesaikan cara mengikut Islam, selesaikan cara yang tenang serta jujur dan mengaku segala kesalahan kita, Insya Allah akan dipermudahkan. Masa yang tiga hari yang telah diberikan cukup untuk kita memperbaiki diri kita, mungkin dalam satu hari kita redakan ego kita, redakan hati, tenangkan diri, dua hari kita lihat apa silap kita, apa salah kita, hari ketiga kita bersedia mengaku silap kita dengan redha. See tiga days mampu buat kita berfikir semula, mampu mengubah yang hitam menjadi putih.

Mungkin ada yang merungut bila kita kata benda yang berlaku boleh bawa berbincang dan mereka berkata "Aku tak peduli aku nak serang dia, bukan kau yang alami sekarang." See, kita yang menolong pun kene tempias. Aku pon pernah bergaduh dengan kawan aku, cuma pasal tudung pun boleh jadi isu bergaduh dan tidak bertegur sapa, mungkin cara aku bagi nasihat salah tapi bila difikirkan semula, aku pun bertudung tidak sempurna mana sekurangnya aku masih bertahan. Disebabkan itu kami tidak bertegur, sehingga satu masa sahabat aku datang ke rumah urusan dengan Mama aku, tetapi aku tidak menegur malah aku makin menjeling. Hakikat sebenarnya aku malu nak memohon maaf. Bila difikirkan mungkin cara aku sampaikan nasihat salah, tetapi aku terima, ada manusia nak berubah bukan sekelip mata, berubah mesti niatkan kerana Allah kita berubah bukan kerana trend. Alhamdulillah masih kukuh lagi ukhuwa aku dengan dia walaupun jarang bersua.

Sapa pernah tenguk cerita kartun Wonderpet, mereka adalah haiwan tetapi setiap episod mereka sering kerjasama dalam melakukan sesuatu tugas, saling mempercayai satu sama lain. Okey apa aku nak sampaikan kat sini, disebalik cerita kartun ada kebaikannya iaitu ukhuwah mereka. Itulah ukhuwah yang sepatutnya kita contohi, yee ! mungkin itu hanya kartun dan hanya haiwan nak ikutkan haiwan mempunyai perasaan dan tidak mempunyai akal fikiran tetapi kita manusia ada perasaan dan ada akal fikiran kenapa kita tidak menggunakannya. 

Aku juga bukan golongan orang yang baik, aku juga seorang yang panas baran tetapi aku seorang yang mudah berasa bersalah, sekiranya telah aku melakukan silap aku akan memohon maaf, mungkin ada sedikit rasa malu dan segan tetapi jika kita memohon maaf atau memaafkan orang kita akan mendapat pahala atas niat kebaikan kita, Insya Allah. Oleh itu ayuhlah kita bertegur sapa dan memohon maaf atau memaafkan orang, tak rugi kita lakukannya cukup-cukup laa kita bergaduh, bermasam muka, menjaja cerita cukuplah kita hidup kat dunia bukan selamanya tapi sementara, bila-bila nyawa kita akan ditarik.

*saya juga ingin memohon maaf kepada yang terasa dan kepada semua.